SK
Sungai Lampam telah ditubuhkan pada tanggal 1935.
Perkembangan kegiatan pertanian yang cepat dan penduduk kampung yang semakin
bertambah dari tahun ke tahun mendorong kepada pembinaan sebuah sekolah bagi
memberi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak penduduk kampung ini.
Dengan daya usaha ketua kampung, En. Mat Sidi
bin Lebai Tan serta seorang pegawai dari Jabatan Perairan dan Saliran(JPS),
Tuan Syed Abu Hasan sebidang tanah seluas 4 ekar telah diluluskan oleh Pegawai
Daerah bagi mendirikan sebuah sekolah di kampung ini.
![]() |
Gambar 1 : Tapak Asal Sekolah |
Dua tahun selepas digunakan, sekolah ini
ditutup buat sementara waktu kerana Tanah Melayu sedang menghadapi peperangan.
Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1942 iaitu semasa negara dalam
pemerintahan Jepun. Akan tetapi, di akhir tahun 1942 sekolah ini telah roboh
akibat ribut. Murid-murid terpaksa dipindahkan ke rumah Tuan Syed Abu Hasan, di
Parit 1 dan setengah daripadanya dipindahkan ke surau untuk meneruskan
pelajaran.
Oleh kerana keadaan mendesak, pada tahun 1944
sekali lagi penduduk kampung ini telah berusaha mendirikan semula bangunan baru
bagi menggantikan bangunan yang telah roboh itu. Sekolah ini telah ditutup buat
kali ke dua dalam tahun 1942 hingga 1946 kerana negara dalam keadaan tidak
menentu.
Penduduk kampung ini sentiasa bertambah dari
tahun ke tahun. Oleh itu bangunan sekolah ini sudah tidak mampu lagi menampung
murid-murid yang sentiasa bertambah. Akhirnya pada tahun 1956 pihak RIDA(MARA)
telah memberikan bantuan untuk mendirikan sebuah bangunan tambahan 60 X 20 kaki
bagi mengatasi kesulitan yang dialami. Bangunan ini masih digunakan hingga kini
setelah beberapa kali diubah-suai oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
![]() |
Gambar 2 : Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Wan Mohamad
|
![]() |
Gambar 3 : Papan Perasmian Sekolah |
Murid-murid sekolah ini bertambah bilangannya dari tahun ke tahun.
Penempatan murid-murid untuk belajar sentiasa menimbulkan masalah. Untuk
mengatasi masalah ini, pada tahun 1965
sekolah terpaksa menjalankan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang.
Selama 11 tahun proses ini berjalan iaitu daripada tahun 1964 hingga 1976.
Diakhir 1976 sebuah bangunan baru 2 tingkat telah didirikan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke-2.
Pada
tahun 1980 sekolah ini telah digredkan ke gred B. Akan tetapi pada tahun 1984
diturunkan semula ke gred C kerana bilangan murid berkurangan kerana murid
berpindah mengikut ibu bapa ke tanah
rancangan .
Pasa 31 Januari 1989 sebuah surau telah dibina di sekolah ini . Ia adalah
hasil sumbangan daripada 3 wakil rakyat. Surau ini menelan belanja sebanyak RM8
500.
![]() |
Gambar 4 : Surau Sekolah |
Bagi
mengatasi kekurangan bilik darjah, Kementerian Pendidikan telah memberikan
peruntukan sebanyak RM50 000. Bangunan
ini telah dibina pada 2 November 1989.
Bangunan gotong royong dan surau ini telah dirasmikan oleh YAB Tan
Seri Dato’ Seri Ramli bin Ngah Talib, Menteri Besar Perak pada 20 September
1990.
Sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan sebanyak RM31 000 bagi membina
bangunan gantian. Bangunan gantian ini dibina bagi menggantikan bangunan asal.
Bangunan gantian ini dibina pada 19 Oktober 1994. Walaupun adanya bangunan gotong-royong dan bangunan
gantian, sekolah ini masih menggunakan kantin untuk dijadikan bilik Kemahiran
Hidup
Pada tahun 2002, sekolah ini
telah mendapat sebuah makmal komputer dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun
2003.
![]() |
Gambar 5: Makmal Komputer Sekolah |
Seterusnya pada 2004, sekolah ini telah
mendapat peruntukan untuk membina sebuah bangunan Prasekolah untuk anak-anak 6
dan 5 tahun di kawasan ini. Ia mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2005.
Seramai 25 orang murid pertama memulakan sesi prasekolah pada tahun itu. Bagi
memenuhi keperluan semasa, pada tahun 2006 sebuah lagi bangunan prasekolah
dibina dan mula beroperasi pada tahun 2008. Kini SK Sungai Lampam mempunyai 2
kelas prasekolah dengan 2 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid.
![]() |
Gambar 6 : Bangunan Prasekolah |
0 comments:
Post a Comment