Kami warga SK Sungai Lampam dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk..
- Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.
- Memastikan semua guru menjalankan tugas Pengajaran dan Pembelajaran seperti yang ditetapkan.
- Memastikan semua murid mendapat kemudahan belajar yang sempuna
- Mengeratkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru dengan ibu bapa dan guru dengan masyarakat setempat.
- Memastikan kecemerlangan Pendidikan dalam kalangan murid dapat dijayakan.
- Memastikan pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan guru dan murid
- Memastikan sekolah sentiasa peka terhadap kehendak yang positif dari masyarakat setempat.\
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua golongan demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan murid.
0 comments:
Post a Comment