Assalammualaikum WBT, salam sejahtera dan sehati sejiwa, Perak Excellent
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya kita dapat bersama-sama meneruskan khidmat bakti untuk mendidik anak-anak murid di SK Sungai Lampam bagi sesi 2019
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua penolong kanan dan guru-guru yang telah bekerjasama menyediakan takwim 2019 sebagai panduan dalam semua aspek pengurusan sekolah. Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada semua warga sekolah atas sumbangan dan kejayaan sekolah sepanjang tahun 2018
Besarlah harapan saya agar kita sama-sama menghayati visi dan misi sekolah yang baharu selaras dengan visi dan misi di peringkat PPD, JPN dan juga KPM. Bersama-sama kita memberi komitmen dan tanggungjawab, mencari idea serta kaedah yang terbaik ke arah kemenjadian modal insan yang cemerlang bersesuaian dengan era globalisasi dewasa ini. Sentiasalah kita beriltizam untuk meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa.
Akhir kata, semoga Allah SWT merahmati untuk kita untuk terus memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menyokong dan mendokong dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
Selamat menjalankan tugad dan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang
Sederap Selangkah Seiring Bersama
SKSL Terus Unggul
Terima Kasih
Pn. Ramlah Bt Mustam
Guru Besar
0 comments:
Post a Comment